3 Cara Untuk Melupakan Ketagihan Terhadap Gula

Teks: Emme Marina Mohamad
Gambar: Carian google

Antara ketakutan ramai penduduk Malaysia ialah terpaksa melupakan gula terutamanya gula pasir. Menikmati kelazatan makanan dan minuman dari gula merupakan satu kegemaran kita semua. Saya juga akui saya merupakan salah seorang penggemar makanan manis dan amat sukakan minuman manis. Saya juga tidak suka minum air kosong. Payau bukan? Ugghh.. never like it.

Tetapi gula dan kemanisan merupakan pembunuh senyap yang harus kita jauhi. 3 cara yang anda boleh cuba untuk jauhi gula atau cubaan mengurangkan ketagihan gula pasir.

3 Cara bagaimana anda boleh amalkan bagi mengurangkan ketagihan terhadap gula pasir.

1. Anda boleh bertukar kepada gula alternatif tetapi jauhi gula tiruan sebagai pengganti gula pasir.

2. Jauhi pandangan mata dan diri anda daripada makanan dan minuman manis, dan sentiasa bekalkan diri anda dengan snek makanan sihat.

3. Katakan pada diri anda, "SAYA TIDAK SUKAKAN GULA PASIR". Berbanding "Saya tidak boleh", kerana menurut satu kajian menyatakan "tidak boleh" kepada diri sendiri merupakan satu paksaan dan ketidakrelaan berbanding "tidak makan/suka" kerana ianya lebih BERKUASA kepada diri anda. 


Selamat mencuba! Jika saya boleh lakukannya, anda juga boleh... 

Catat Ulasan

0 Ulasan