Diet Pesakit Kanser

Diet untuk pesakit atau bekas pesakit kanser amat penting kerana risiko penambahan berat badan adalah tinggi semasa proses penyembuhan.

Ubat yang digunakan semasa rawatan boleh menyebabkan berat badan meningkat dengan drastik dan boleh mengembalikan kanser.

Statistik kanser meningkat secara mendadak di seluruh dunia tanpa diketahui puncanya.

Mungkin gaya hidup termasuk faktor pemakanan serta persekitaran mendorong kepada peningkatan berkenaan.

Kini masyarakat lebih terdedah kepada makanan diproses, tekanan hidup, kurang senaman dan persekitaran yang tidak sihat.

Justeru seluruh masyarakat sama ada pesakit, bekas pesakit atau mereka yang tidak menghidap kanser perlu mengamalkan gaya hidup sihat.

Salah satunya adalah diet sihat bagi mengawal berat badan berlebihan terutama bagi pesakit dan bekas pesakit kanser.

Pakar Pemakanan dan Diet, Pusat Perubatan Prince Court, Tan Yen Sing berkata, berat badan bekas pesakit kanser biasanya bertambah kerana tabiat pemakanan, tidak bersenam selain penggunaan ubat.

"Justeru pesakit serta bekas pesakit kanser disaran mengurangkan pengambilan daging merah dan daging yang diproses serta makanan tinggi tenaga dan lemak.

"Mereka digalakkan mengambil makanan berasaskan tumbuhan dengan tiga hingga empat hidangan sehari," katanya semasa Forum Awam mengenai pemeriksaan kesihatan berkala dan pengesanan awal kanser sempena Hari Kanser Sedunia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

"Lemak dan gula boleh dikatakan sebagai makanan kepada kanser.

"Diet yang tinggi lemak dan gula seperti makanan manis dan bersantan boleh meningkatkan kalori dan menyumbang kepada peningkatan berat badan," katanya.

Selain risiko kanser kembali berulang, gula dan lemak turut menyumbang kepada penyakit kronik lain termasuk darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung.

Yen Sing berkata, nutrisi yang baik amat penting bagi menjadikan pesakit lebih bertenaga dan tidak keletihan.

"Sebenarnya ramai pesakit kanser mati kerana kekurangan zat makanan,'" katanya.

Namun pesakit perlu memastikan pengambilan lemak tidak berlebihan dengan memantau apa yang dimakan.

"Misalnya, jika pesakit mengambil makanan berat pada waktu tengah hari, maka sebelah petang atau makan malam, kurangkan jumlah yang dimakan.

"Mereka hanya perlu mengambil satu cawan nasi atau bubur nasi atau dua keping roti bijirin dengan lauk-pauk yang tidak digoreng berserta sayur-sayuran," katanya.

Kekurangan berat badan memang biasa dalam kalangan pesakit kanser dengan 50 hingga 90 peratus mengalami masalah berkenaan.

Keletihan juga adalah perkara biasa kesan rawatan dan ubat yang digunakan.

Bagi mengatasi masalah keletihan, Yen Sing berkata, pesakit memerlukan makanan dalam kuantiti sedikit secara berterusan. Mereka disaran mengambil makanan yang mudah disediakan seperti sandwich dan biskut rendah lemak.

Pesakit biasanya mengalami rasa pahit di tekak dan bagi mengatasinya cubalah ambil makanan yang masam atau herba.

Mereka juga digalakkan mengambil karbohidrat kompleks seperti roti gandum, beras perang dan oat.

Seelok-eloknya ambil makanan yang dikukus, rebus, bakar atau panggang.

"Penyediaan dan penyimpanan makanan juga penting bagi pesakit kanser kerana makanan perlu disediakan dengan bersih dan disimpan secara betul.

"Misalnya baki makanan perlu disimpan di dalam tempat sejuk beku bagi mengurangkan pembiakan bakteria," katanya.

Sediakan makanan dengan peralatan yang bersih, asingkan papan pemotong untuk memotong sayur-sayuran dan buah-buahan dengan ikan, daging dan ayam.

Basuh tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan bagi memastikan segalanya dalam keadaan bersih.

Kongsi Konten di :

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm#ixzz4CAcCPP7N
© Utusan Melayu (M) Bhd

Menurut sumber di atas jelas bahawa gula biasa / gula pasir bukanlah makanan pemanis yang patut pesakit amalkan. Namun, pada zaman kini ketagihan akan kemanisan sudah berada di tahap yang serius. Sehingga menyebabkan penyakit yang kronik.

Tetapi, ada berita baik untuk anda semua. Perkenalkan pemanis semulajadi yang langsung tidak memudaratkan. Malah mampu menghapuskan sel kanser sekaligus. Bertukarlah ke gula sihat stevia, gula sihat ini sangat manis, tiada lemak atau kalori, malah tidak tersimpan di dalam tubuh badan.

Dan paling penting, gula sihat ini adalah anti-kanser. Penggunaan gula sihat ini amat mudah iaitu hanya titikkan sahaja ke dalam makanan, minuman juga kuih muih. Ianya juga boleh dibawa ke mana sahaja, jadi tidak perlu risau akan penggunaan gula di kedai-kedai.

Jika kalian ingin dapatkan produk pemanis semulajadi ini, boleh hubungi talian 018 9100 852 untuk tempahan atau pertanyaan lanjut.

Harga pemanis gula sihat stevia

1 botol = RM 50 (bukan ahli)
2 botol = RM 100

Bagi ahli,

2 botol = RM 60

Untuk jadi ahli dan dapatkan penjimatan berganda,

Pembelian pertama kali, RM 140 sahaja akan dapat 3 botol stevia. Anda akan terus layak percuma keahlian dan pembelian seterusnya menjadikan harga sebotol ialah RM 30.

Selain itu, setiap kali anda ulang pembelian, boleh kumpul mata sebanyak 30 mata setiap 1 set pembelian. 1 set = 2 botol = RM 60.

Murah sahaja bukan?

Catat Ulasan

0 Ulasan