Shopee Sale Tips 101: Swap Like Support Group

Group support like bermaksud LIKE = Suka, Support = sokong, group = kumpulan. Sekumpulan rakan yang menyokong rakan bisnes mereka bagi tujuan untuk menaikkan lebih banyak reach / engagement pada status post, kedai atau produk mereka.


Aktiviti support like ini dah lama wujud sejak zaman Facebook lagi. Ada yang free, ada yang berbayar. Terpulang kepada anda kerana aktiviti ini memerlukan komitmen yang tinggi iaitu melakukan tugasan support mengikut waktu yang ditetapkan.


Bagus ke join aktiviti support like ni?


Bagi pendapat saya, ianya bagus untuk anda dapatkan lebih banyak rakan baru, dapat hidupkan facebook atau kedai anda. Tidak semua antara kita, hebat dalam menulis status post yang menarik perhatian, tidak semua ada ramai follower, jadi group support ini sangat-sangat membantu.


Lebih-lebih lagi jika anda join group support secara percuma. Ialah, kalau dah join dan bayar lepas tu anda takde masa nak buat task. Rugi pula duit anda. Bila percuma ni anda boleh join bila-bila masa anda mahu tanpa risaukan modal anda join.


Aktiviti support atau swap like ini turut digunakan dalam medium Instagram, Blog, Carousell, malah trending sekarang ni di medium ecommerce terfemes iaitu Shopee!!


Anda nak kedai anda aktif?
Anda nak produk anda dapat banyak like?


Saya syorkan anda join group-group support sebegini jika anda mahukan peluang sale yang lebih tinggi. Lebih baik mencuba daripada tiada langsung. Tiada salahnya anda berusaha untuk memperbaiki sale bisnes anda.


Yang penting, anda tidak menipu untuk dapatkan pelanggan. Contohnya join group support berbentuk komen, dan komen-komen tersebut adalah direka supaya orang lain percaya dan membeli sedangkan komen tersebut hanyalah direka semata-mata.


Bagi SWAP LIKE SHOPEE, aktiiviti ini mudah sahaja.


Anda ada kedai shopee dan sudah pun memliki produk jualan?


Like produk kedai rakan-rakan support anda. Itu sahaja. Tidak perlu komen. Dan masa untuk siapkan tugasan ini juga tidak ambil masa yang lama.


Jika anda benar-benar mahukan cara lain untuk dapatkan sale kedai shopee anda, saya cadangkan anda mula join swap like Shopee. Manalah tahu ada rezeki selepas join aktiviti ni.
Sedia nak join?


Updated: tiada lagi group ini ya. 
18.2.2024



Catat Ulasan

0 Ulasan