About Emme Marina

Pengenalan

Salam sejahtera! Saya Puteri Emme Marina binti Mohamad, seorang ibu yang bekerja dari rumah dan menetap di Kuantan, Pahang. Pendidikan saya merangkumi M.Sc. dalam Kimia Industri dan Ijazah Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Kimia dari Universiti Malaysia Pahang (UMPSA).

Pengalaman dan Pendidikan

Saya aktif dalam menghadiri pelbagai program bisnes dan penulisan untuk meningkatkan kemahiran saya. Beberapa daripadanya termasuk Bengkel Asas Penulisan Berkesan oleh Puan Azian Mohamed Isa (Kak Yan), Lazada & Shopee Masterclass MALAYSIA (LSMM) oleh Coach Ira Aziz, dan Marketing Genius Advance (MGA) oleh Momprenuer Mastermind.

Saya juga telah mengikuti kelas-kelas seperti Kelas Ghostwriter & Pengurus Media Sosial oleh UpahMenulis.Com dan "Business Strategic Gameplan" (BSG) oleh Bukhari Ramli (BRC.my). Kelas-kelas ini membantu saya memahami strategi penulisan dan pemasaran dalam dunia digital.

Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) di bawah bimbingan Puan Masayu Ahmad pada tahun 2015 memberikan saya asas yang kukuh dalam menjana pendapatan melalui blog. Saya telah memperoleh pengetahuan dalam aspek-aspek seperti membuat blog berkesan, menulis artikel, dan mencipta e-book.

Ebook dan Perniagaan

Sebagai seorang penulis, saya telah menghasilkan beberapa e-book, termasuk "Panduan Bisnes di Shopee," "Buat Duit di Shopee Dalam Masa 7 Hari," dan "Panduan Facebook Page Marketing for Beginners." Saya juga telah menulis sebuah buku fizikal berjudul "Suri Rumah Dalam Sembunyi Menabur Bakti." di mana buku ini merupakan buku sulung gabungan 12 kisah suri rumah berpendidikan tinggi dalam menepis stigma masyarakat iaitu "belajar tinggi-tinggi, akhirnya duduk di rumah sahaja". Jom dapatkan e-book dan buku ini sebagai inspirasi dan membantu para suri rumah dalam meningkatkan ekonomi keluarga. Yakinlah bahawa setiap suri berhak mencapai cita-cita masing-masing. 

Selain itu, saya juga menyediakan pelbagai perkhidmatan dan produk, seperti servis kedai online, menjadi reseller untuk jam Azan Brand Buruj Watch & PTime, dealer untuk Emas Orodesign, dan perunding harta perwarisan Islam. Saya juga menjadi reseller untuk Al Quran Digital Brand Al Qolam.

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada pembaca semua kerana sudi bertandang di blog ini, www.emmemarina.com , dan saya berharap untuk terus memberikan perkongsian dan kisah-kisah inspiratif untuk pembaca semua dalam dunia penulisan dan perniagaan!


Selagi masih hidup, doakan agar saya sentiasa dapat bekalkan diri dengan ilmu, dan sampaikan kembali kepada pembaca semua. Insya Allah itulah sebaik-baik tuntutan.


Hadis Riwayat Ibnu Majah - Nabi Muhammad SAW juga bersabda:

"Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain."


Sekian dari saya,

Puan Emme Marina Marina Mohamad
Whatsapp: 018- 9100 852
Email: emmemarinaent@gmail.com

Catat Ulasan

0 Ulasan